Social Icons

Thursday, June 19, 2014

Pengenalan Pusat Akses Sekolah


Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep  ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi  membolehkan murid membuat pembelajaran  kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan  akses kendiri. 

Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah  khasnya murid mendapatkan maklumat dan  berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. 

Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan  membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates